Sunday, 29 July 2012

Welcome ya Ramadan !

Salam and salam satu Ramadan everibadiii! *boleh ke?* huhu. Ha, dah niat puasa ke belum korang ni? Dah tengahari gini kang baru ada yang teringat tak niat lagi. Naya beb. huhu. First of all, entri kali ini aku ingin dan teringin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua keluarga, kawankawan dan sesisapa jua yang mengenali diri ku ini. Semoga kedatangan Ramadan kali ini diberkati, dipermudah, diterima, dan tidak diabaikan oleh Allah kita yang satu. InsyaAllah, amin!

Pada aku, puasa kali ini agak berlainan dan baru, berbanding dengan tahuntahun puasa yang duludulu tu. Kenapa? Reason-nya Biarlah Allah sahaja yang mengetahui. Aku redha atas segala yang terjadi, biarpun hati kecil aku ni kadangkadang secara jujurnya, tidak ikhlas untuk menerima apa yang dah tertulis buatku. Astaghfirullah. Begini ke aku? Ya Allah, ampunkan dosaku Ya Allah. Aku sebenarnya belum cukup bersedia untuk semua ini, tetapi aku tahu, sebagai hambamu, aku patut terima qada dan qadar mu dgn berlapang dada, dgn hati yang terbuka. Apapun, buat masa sekarang, aku mmg terluka, sangat. Cuti aku kali ini mmg benarbenar menguji kekuatan hati. Entahlah.. Hurmm :( Haish, apa kena entri aku tibatiba emo sgt ni. err. Mood, switch please!

Okok, ha nak tahu tak sahur tadi aku makan apa? Aku makan nasi lauk Ikan masak kicap, daging campur kacang panjang goreng kunyit, and ikan sepat masin goreng. Simple kan? Simplesimple pun pukul 2.30 pagi tadi kot baru aku settle masak. Mana tak nya, habis terawih pukul 10.15 mlm tadi, aku dgn bapak aku sume gi makan malam. Then bapak aku bantai borak dengan member dia, pukul 12.30 pagi baru sampai rumah. (Fyi aku terawih dekat Masjid Sultan Abu Bakar kat bandar, so makan malam pun area bandar jugak, thats y lambat gila) Aku dah resah gelisah dah sebab makan sahur tak masak lagi. Sampai je rumah, salin baju, terus ke dapur. Bapak aku ada offer nak tolong, katanya nak tolong potong daging, lastlast dia just tolong bawak papan cutter letak atas meja je, pastu aku tengok dia lepak kat ruang tamu, dengan abang sedara aku, pikir cana nak create message pantun puasa nak send kat org. Lawak kan bapak aku. Haih abahku! Nasib ada baby, adik aku number 3 tu. Then aku masak lincahlincah. Kol 2.30 baru siap masak. Pheww. Akhirnya! (Biasala, beginner yg masak, lama gila kan. haha) Aku rasa kalau aku masak masa bangun sahur tu, alamat lepas subuh lah baru semua boleh makan. Dah kenapa lepas subuh baru nak sahur kan.

And then nasib aku sedar pagi sahur tu. Kalau tak bangun, mmg berbaloi sangat la aku masak mcm nak gila tu. haha. Well, 1st sahur, mmg liat lah nak bangun, apatah lagi nak disuruh makan. Tapi alhamdullillah, semuanya berjalan lancar pagi tadi. Kembang akak bila bapak akak puji akak masak sedap tawww! *Bangga* Walaupun lauk ikan masak kicap pun, tp selera lah jugak semua makan tadi. Pulak ada ikan masin. Pehh. *mouthwatering di bulan puasa* Puasa kali ini, aku lah orang yang bertanggungjawab memastikan semuanya okay, bukan setakat okay malah lebih, makan minum diorang, sahur, berbuka, everything must be perfect though adik and bapak aku kena sahur walaupun hanya secawan nestum or quacker oat. Aku, ye AKU lah orangnya. Dari bab puasa, shopping baju raya, terawih dan segalanyalah. Peh dah list kan ni baru aku sedar mmg banyak kerja aku. Inilah kenangan yang tidak akan dilupakan, bergelar ANAK SULUNG, menjalankan tanggungjawab yang sebenarbenarnya, sementara masih CUTI dan ada masa, memastikan keluarga dalam keadaan yang terkawal, dan yang penting, kekal bahagia walaupun ada yang terkurang. Aku bersyukur, dapat buat semua ini, kalaupun aku tidak panjang umur di bulan mulia ini, aku gembira sgt sbb dah berbakti kepada keluarga aku walaupun untuk perkara yang macam ni. Maaf dipinta andai aku kalut dalam membuat sebarang keputusan, tindakan dan masakan. hehehe. To Abah, baby and Aisha, I heart you much :)

Them
Tiada dalam gambar, Aisha. Mutu gambar kureng sbb henset aku henset murah. Angah and Abg Syukur is cousin aku. :)

Kepada semua, terima kasih sebab membaca, walaupun tiadalah banyak faedah dan ilmu yang boleh didapati dari entri aku ni. Selamat berpuasa ya semua. Makan best2 jangan lupa aku. :D

*Azam puasa tahun ini, kalau boleh tak nak tinggal terawih, tapi kalau dah makan banyak sampai maghrib pun langgar, cane tuhh? :'D
*Teringat dekat 'mereka'. Rindu :(
*Yeyeh, jap lagi nak berkemas, hari ini nak sambut buka puasa yang pertama di Kluang, kampung tercinta, bersama sanak saudara. Yuuhuu! ;D


Thanks for reading !

No comments:

Post a Comment