Sunday, 29 July 2012

List Shopping Raya

Assalamualaikum semua :')
 
Well, baru nak masuk seminggu puasa, aku dah pun berbicara pasal list shopping untuk Raya nanti. Eh tapi aku rasa, aku ni macam dah lambat pun ada. Tu Sogo kemain dah macam nak pecah bangunan tampung customer, aku ni ha baru terkedek buat list nak beli barang apa. Hewhew. Tapi memang dah menjadi kebiasaan pun shopping Raya seminggu atau dua minggu puasa. Kalau tahun-2 lepas, aku and family shopping seminggu puasa. Tahun ni pun cadangnya macam tu, tapi disebabkan adik aku ada exam minggu ni, terpaksa lah tangguh ke dua minggu puasa. Okay lah tu, asalkan dapat shopping. Yay!

Actually, kalau nak bercakap pasal survey barang Raya, memang dah lama dah aku survey. Sampaikan tiap-2 kali dating pun, mesti heret en. Boyfie survey sekali. Benda paling wajib untuk aku fikirkan dulu dari benda and barangan yang lain tiap-2 kali Raya ialah kasut. Yes, kasut. Barang lain aku tak heran, tapi kasut memang number 1 lah I tell u. Mesti aku lah jadi orang paling cerewet, paling annoying, paling 'Cinderella' tiap-2 kali nak beli kasut. Bukan Raya je, aku rasa kalau hari-2 biasa and kalau rasa nak beli kasut je mesti aku bertukar karakter. Haha. So untuk mengelakkan aku berubah menjadi manusia yang paling di-nyampahkan tiap kali shopping oleh adik-2 aku, so aku telah pun buat survey yang begitu serious terhadap pemilihan kasut ini.

Jadi untuk kali ini, aku telah pun mengecilkan skala daripada 10 buah (atau lebih) kedai kasut, kepada 3-5 kedai kasut sahaja untuk aku memilih kasut idaman hati, serta yakin and pasti bahawa kedai-2 kasut yang dilewati ini akan ada punyalah yang 'melekat'. Bukan setakat buat lawatan sambil belajar sahaja, last-2 tak ada benda pun yang aku beli dengan alasan, "nampak lawa, tapi bila dah try macam tak sesuwei larr" ataupun, "ish takpelah, kita tengok dulu kat kedai lain ehh? " okay itu tandanya memang aku tak berkenan. Korang bayangkan lah, beli kasutnya sepasang je pun, tapi aku punya cerewet memang cerewet mak nenek. Aku punya pesen lak, kalau aku berkenan, memang tak ada tangguh, aku beli je. Itupun lepas tanya nak dekat sepuluh kali (walaupun hati dah berkenan gila) dekat perunding-2 imej sekeliling sampai diorang naik bosan nak jawab. Haha :p
Okay, kali ini, kedai kasut yang aku nak masuk ialah 3 kedai je iaitu,
  1. Charles and Keith KLCC ataupun One Utama
  2. Nose KLCC atau kalau ada kat OU pun kira dah oraite
  3. Vincci ( Macam biasa )
Mesti korang cakap, hek eleh, mengada nya aku. Ingat nak masuk LV ke, Jimmy Choo ke. Pilih kasut macam apa je. Haha. Whatever, yang penting aku puas hati sebab yes, aku admit, bukan aku je, dengan kaki-2 aku sekali cerewet. Harga tak cerewet sangat, tapi pattern and design kasut tu yang penting. Sangat penting bagi aku okay. Huhu. And the latest (baru tadi aku usha) wedges dekat Forever 21 pun cun gilers! Ouh mintak-2 lah ada kasut tu kalau aku jengah F21 nanti time shopping, and yeah, kasut yang aku maksudkan dari awal cerita ialah wedges ataupun platform. Al maklum, aku ni kens pendeks. So, dua jenis kasut ni memang aku terjah dulu. Heels aku kureng lah, walaupun nampak cam best, tapi tak sakit ke kalau dibuat jalan lama-2? Heheh.
F21

F211

Yang ini aku jumpa dekat Forever 21 tadi. Geram okay! Wedges/Platform macam nilah best bila pakai, selesa and seimbang. Bukan setakat nampak tinggi semata, nak dibawak berlari pun boleh kalau pakai yang macam ni. Haha :D Nak tunjuk wedges yang aku survey dekat Charles and Keith tapi tak ada pulak. Harap dekat outlet/boutique diorang ada lah lagi kasut (pattern lebih kurang di atas) yang sampai ke tidur aku termimpi-2 tu. Hewhew :')

Ceh tajuk entry macam banyak je aku nak listkan, padahal cerita pasal kasut je pun. Haha. Well aku percaya kepada pepatah omputih, semakin cantik kasut tu, (ke semakin mahal?) maka kasut tu boleh membawak kita ke tempat-2 yang best, and semakin bertambah keyakinan dalam diri bila pakai kasut cantik-2 walaupun baju beli kat kedai amoi bukit bintang ataupun Times Square je pun. Haha. (Ada ke pepatah macam tu? Apa ke hal teruk sangat aku translate?) Kahkahkah. :D

Selamat menjalani dan menikmati bulan Ramadhan sayang-2 semua! Beribadah sebanyak mungkin dan setulus hati serta tak lupa, shopping pulak nanti hati-2 ya! :')

*Ouh Yayy esok nak teman en Boyfie pergi shopping Raya sebelum dia balik Jb. Yeyehh! Bestnya shopping! :D (padahal tengok orang shopping je pun T_T) So selaku perunding imej paling kanan en Boyfie, maka aku wajib disisinya ketika shopping. Tolong memilih, membebel, meng-iya/menidakkan, serta menyibuk jadi kepohchi teman dia shopping. Baru lah shopping tu tak bosan and lebih bermakna kan? Huehue :')

Terima kasih sebab sudi baca! :)

No comments:

Post a Comment