Sunday, 29 July 2012

Oh Simply SITI ^^,

Salam and salam satu malaysia everybadiii! Wah dah lamanya tak update. weehee. Ini semuanya adalah kerana aku sangat busy. Busy gila lah. Busy dengan tido dan menambahkan berat badan di rumah. haha. These past few days, aku ada macam2 kerja kot. Since duduk rumah je kan, so segala kerja dirumah aku yang kena settle kan. Baik mengemas, membasuh semua aku yang kena buat. Penat ouhh. Barulah aku tahu penat lelah ibu aku selama ini yang duduk di rumah. Kesian ibu. Tapi sekarang, kesian aku. huu. Tapi takpe, dapat komisen and percent dari abahku sayang. ngehngeh! Hari tu dapat lah paw abah belikan satu set barangan make up untuk aku. Best ouh, kebetulan aku memang suka make up make up ni. Alah, perempuan kan. :') Biasa pinjam ibu je. Tapi kali ni, dengan alasan kukuh iaitu penat buat kerja rumah, and masak semua, akhirnya, bapak aku belikan juga. Act dah lama merancang, ingat nak mintak duit je and shopping sendiri, tapi bila dia sendiri yang bawak and nak ikut, aku apa lagi, on jelah. Untung2 kalu terlebih, dia boleh tambahkan lagi. Hahah.

So, satu hari tu, aku satu family keluar lah, kebetulan nak beli barang untuk rumah sekali. Then gi Holiday Plaza and masuklah Watson. (Barang make up aku sempoi okay, beli kat watson je beb. ahah) Oleh kerana aku taksub sangat dengan simply siti, aku usha brand tu je lah. Before ni pun aku biasa pakai 2 way cake brand si siti ni as a base muka aku ni ha and lipstick dia. Memang sesuai gila, sampai kan bila dah beli tu 2 way cake tu, aku dok pelok je benda tu. Hihi. Sukasuka! First thing first yang aku titik beratkan dalam soal make up is base untuk muka aku. And aku betul2 jatuh hati dengan base 2 way cake sity ni because kalau pakai kan, aku rasa kulit muka aku semakin flawless. Ahah perasan gila! Tapi serious, aku tetap stick dengan simply siti buat sementara ni. hihi. Then aku rembat shading blusher gold edition simply siti, eyeshadow maybelline, 2 lipstick from revlon, hyper sharp liner (liquid eyeliner) maybelline, eyeliner revlon, revlon mascara, angelfit consealer and macam2 lagi lah. Kebetulan watsons ada offer. Tapi offer2 diorang pun, Total for semua barang aku is RM303. haha. Terkezot bapak aku, pastu dia cakap, are you sure? haha. Aku cakaplah. Alah bah, please, sekali sekala je. kihkih. Puas gila hati aku sebab akhirnya bapak aku keluarkan duit and bayar. Ouh sayang abah! Tapi aku terkilan satu je, aku tak dapat liquid eyeliner yang feveret aku, from Body Shop. Aku suka gila, tapi takpelah, sebelum Raya nanti, aku usahakan untuk beli sendiri. hihi. ^^,

100
Tara! Make up kit aku! Comel tak comel tak? teehii ( Simple je, almaklum, baru beginner :) )

Oh aku memang suka and gila make up. Sampaikan sebenarnya aku harap sangat cuti ni aku dapat masuk class make up. Tapi keadaan tak mengizinkan. Last2 aku masuk kelas memasak je lah. Kat rumah ni ha. huhu. So far, mmg aku tak mampu nak beli sendiri barang2 make up ni. Kalau mampu pun, aku hanya beli base, blusher, eyeliner. Semua pun yang murah2, macam silkygirl, yg secara jujurnya, bila aku pakai aku rasa muka aku bertampuk2 putih, bertepek2, macam apa tah tatau nak cakap sebab bahan make up tu tak masuk and jelas sekali tak sesuai dengan kulit muka aku. Pernah aku pakai foundation jenama murah punya, then bbrapa hari kemudian keluar banyak gila whitehead. Fine, aku mmg takan beli kau lagi wahai foundation walaupun kau murah. Grr. Kalau dekat Uni pun, aku selalu pakai base, blusher and eyeliner je. 3 benda ni penting bagi aku. Kalau tade ni, aku rasa semacam aje. Aku jarang pakai eyeshadow kaler2, perasan aku macam orang akan tengok aku je nanti, and mcm aku ni pesalah besar. Tp act ramai je pakai kat sana. Tak kesah apapun. Cuma aku tak suka attention. cehh. haha. Betul okay. :P

Insyaallah, kalau aku dah kerja nanti, mestilah aku berangan nak beli yang lagi best daripada sekarang ni, estee lauder ke, paling penting, impian aku, make up set from Dior. Alahai. Kalau barangan tu dapat dalam hantaran, Pehh. Lagi best. Tak payah susah2 nak pikir, bakal suami dah belikan. Hahaha. :P Anyway, thanks giler abah! Along happy sangat3! Tapi barang ni aku kongsi berdua dengan adik aku yang no3 kat umah ni. Apa nak buat, kitowang berdua mmg hantu make up! huhu. Okaylah, banyak pulak membebel pasal make up. Bukan apa, happy tersangat lah gamaknya. huhu. Nanti senang2 nanti aku update lagi. hehe. Bye Korang!

*Gambar yg diatas tu telah bercampur dengan make up yang sedia ada :)

 

Thanks for reading !

 

No comments:

Post a Comment