Sunday, 29 July 2012

Shopping dah ke? Jealousnya!

Assalamualaikum semua! :)

Semalam (28hb Julai 12 bersamaan hari Sabtu serta bersamaan seminggu Ramadhan) aku telah keluar menemani en boyfie bershopping riang ria untuk Raya ni. Jumpa dia dekat KL Sentral pukul 12 tengah hari. Dia dari Puchong naik bas. Aku lak dari Gombak naik train. Maka bertemulah kami kat tengah-2 ni bagi adil sama rata kan. Hihi. Tiap kali nak dating pun memang begitu lah perjalanannya. Al maklum, manalah kitorang ni ada personal transport (Yang aku ni bukan setakat personal transport, lesen pun tarak T_T, memang mengada lah nak ada transport sendiri bagai. Haha). Tapi takpe, jimat pun jimat, jimat duit and masa. Nak bawak kereta tengah-2 KL di bulan Ramadhan ni? Memang tak kose okay? Confirm habis masa atas jalan je nanti. Hehe.

So first destination we'olls ialah Times Square. Mission utama ialah nak cari seluar, kasut and tshirt. So, oleh kerana banyak masa, kitorang pun survey slow-2 jela kan. Nak cepat-2 buat apa. Hehe. Slow-2 pun ada lah dalam 2-3 jam jugak mencari barang. Masalahnya kalau dapat takpe, ini dok try-3 tapi satu apa pun tak beli-2 lagi. Kesian en Boyfie aku nih. Semua yang dia nak semua tak dapat. Kebanyakan seluar yang kitorang berkenan semuanya tak ada size. Dah lah harga semua murah-2, kiranya boleh lah dibeli. Ada satu kedai tu, siap dia kasi special price, dua helai RM100 macam tu, tapi sayangnya, tak ada size. Kan geram? Dah lah susah jugak sebenarnya nak cari barang lelaki ni. Ada tu aku berkenan and kata okay, en boyfie pulak kata tak okay. 

Kalau diingat balik, memang kelakar lah kan. Tapi semakin kitowang argue-2 tu semua, semakin aku tahu taste dia macamana, apa yang dia minat, apa yang dia suka dan apa yang dibenci. And aku harap dia pun tahu aku suka dia pakai apa and style yang macamana. Yelah dia patut dengar okay pendapat aku, pandangan mata seorang perempuan lah katakan. Mesti nak tengok en Boyfie dia hensem-2 je (walaupun sedar situasi ini amat membahayakan kesihatan diri dan boleh mendatangkan ancaman. Hahah) Tapi so far, dia sangat mendengar nasihat aku. Suka bila dia tanya, "Ini okay tak sayang?.." sambil tunjuk apa yang dia pegang and then bila aku balas "Ish tolonglah, tak okay lah.." ataupun "Ermm.. kurenglah sayang.." pastu dia mesti akan balas, "Yeke.. eh cantik lah.." or "eh okay la.. bla bla.." or "ouh tak okay eh?.." Last-2 dia letak balik and tengok benda lain and ulang lagi tanya soalan yang sama. Hehe. Kesian dia. Entah-2 dia memang berkenan ke apa kan? Tapi aku senang-2 patahkan niat dia. Kekeke. Tapi percayalah, aku kalau kata tak cantik or tak okay, confirm memang tak okay lah tu. Bukan aku sesaje pun berkeputusan begitu. Huhu.
Lats01_021
Sedang memilih-milih. Last-2 berlalu dengan hati yang kuciwa sebab takde size ;'(

Lats01_020
Ini juga antara salah satu seluar yang harus di-say Goodbye sebab ketiadaan size. :'(

Apapun, semalam memang best. Suka and puas hati sangat sebab dapat temankan dia shopping. Dapatlah sehelai seluar, dua helai baju, and kasut sepasang. Aku geram ada satu kasut warna putih tu, brand Polo, tapi dia cakap takut susah nak jaga. Dia pun berkenan jugak, cuma dah nama pun warna putih, susah lah kan? Last-2 kitorang pilih ada lagi satu kasut, brand yang sama, warna kelabu cerah. (Harap dia pandai jaga :p) Memang confirm smart. Hihi. And semua barang yang kitorang dapat beli tu adalah di Sungei Wang Plaza and BB Plaza. Penat je round dekat TS berjam-2 lamanya. Last-2 barangnya semua jumpa and berkenan kat tempat lain. So, next year, haruslah ke Sg Wang Plaza dulu okay dear? Huhu. And then next-2 item, en Boyfie cakap nak cari kat Johor je. So ngam-2 pukul 6 petang kitorang dah dapat semua barang, terus cari port mana nak berbuka pula. Tak sangka, ada orang nak belanja makan Nandos, wuuu. Terima kasih daun keladi, nanti belanja-2 lah lagi ya abe? Huhu. 


Lats01_022
Sekali lagi, haruslah muka cik abe yang aku letak. Dia yang belanja kan? Hewhewhew

Alhamdullilah :') Kitorang berpisah untuk balik ke hostel masing-2 malam tu nak dekat pukul 9 malam. Masing-2 selamat sampai ke hostel masing-2 dengan dia beg shopping yang penuh ditangan, dan aku macam biasa, sehelai sepinggang. Eh lupa, aku beli charger Iphone rupanya. Itu pun pinjam duit en Boyfie, sebab aweknya ni tengah 'kering'. Hewhewhew. 

Okaylah, aku kalau membebel punyalah panjang kan. Boleh buat novel. Ahaks. Apapun thanks ya en Boyfie tersayang. Nanti next week saya shopping, kalau jumpa baju best-2 yang saya berkenan, saya belikan untuk awak ehh? Doa-2 lah duit shopping raya tahun ini di-up kan sikit oleh big boss. Huhu.Esok balik JB hati-2, semoga selamat sampai and selamat bercuti! And kepada semua yang dah start cuti tu, enjoy! Puasa jangan tak puasa okay? :P


Terima kasih sebab sudi baca! :)

No comments:

Post a Comment