Monday, 30 July 2012

Sekolah Rendah Tercin... err.. Entah!

Assalamualaikum semua! :)

Teringat masa zaman persekolahan dahulu, lebih-2 lagi semasa berada dalam darjah tiga hingga enam, aku boleh dikatakan agak "Loser". Masa darjah satu dan dua tak berapa nak ingat sangat lah pulak. Serious okay tak tipu, kira merasa jugak lah hidup dalam 'zaman' Loser tersebut. Tu yang bila tengok cerita omputih yang banyak mengisarkan tentang budak-2 Loser dekat sekolah, dipandang sebalah mata, dibuli, di-tah apa-2 kan lagi, aku turut merasakannya. Eceh ayat kens! Mana tak dipandang sebelah mata, yelah, belajar tak berapa nak pandai pun dulu masa sekolah. Sekelas pulak dengan budak-2 bijaksana, bijaksini, bijaksitu. Memang semua jenis kepala pandai-2, aku ni pulak, memang agak slow sedikit dalam menerima pelajaran. Haha. Sering diperkecilkan, disindir, dijadikan contoh sebab tak hafal sifir, and lagi best, pernah satu hari tu aku dijadikan contoh konon untuk me-'real'-kan lagi cerita yang sedang diceritakan oleh member aku masa tu, and sudahnya, lama gak aku tak bertegur dengan kawan aku tu.
Mana tak wei, sadis tak kalau tetiba tudung sekolah yang korang pakai kena tarik daripada belakang sampai nampak rambut. Dengan anak-2 tudung pun sekali tercabut, ditambah pula depan semua budak-2 kelas, habis aku kena gelak masa tu tau. Wuwuu. Sedih pedih. Bila aku marah, "Eh, ko Nani (bukan nama sebenar) kenapa buat aku macam ni..? (dala masa tu macam terpinga-2 je sebab tetiba je kan, tapi mata dah bergenang-2 dah ni)" and then kawan aku tu boleh balas macam ni, "HAHAHAHA! Apa awak ni! Kita cuma nak tunjuk je macamana budak tu kena tarik tudung dia tadi bla.. bla.. bla.. Alah awak ni nak mara-2 pesal??.." Peh tak ke kuang hajaq nama dia kan? Haha. Tak pasal aku kena jadi contoh and bahan gelak orang. Sedih okay, and aku pun masa tu kenapa entah slow tahap gaban pun aku tak tahu. Punyalah macam loser gila kan? Haih.. T_T

Kehadiran aku dalam kelas pun sering diperkecilkan, dipertikaikan, lantaran aku dulu anak Yang Dipertua PIBG sekolah. Dapat nombor pun 'corot' wei aku dulu, itu yang bila masuk kelas pertama, semua dok pertikai, and ada lah suara-2 sumbang yang aku dengar, "Alah.. bapak YDP boleh lah masuk kelas ni... " and ada pulak tu yang cakap, "Dala tak pandai, masuk kelas pandai, tak padan betul...". Okay, memang SERIOUSLY aku ingat ayat-2 mereka itu sampai sekarang. Terngiang-2 kot, and apa yang lebih menyedihkan, aku 'membesar' dengan ayat-2 yang diorang lemparkan tu. Kadang-2 terbit suatu macam dendam, (of course lah dendam yang positive, yang membina) yang buat aku rasa, nanti kau! Aku belajo betul-2, masuk U, time tu ko tengok aku pandai ke idok! Haha. And yes, aku ingat muka-2 mereka semua, boleh dikatakan trauma kot. Hahah. Terbawak-2 semua tu sampai aku dah habis sekolah dah pun.
Well, itulah kenangan sekolah rendah yang paling tragik bagi aku. Sepatutnya sekolah rendah, zaman untuk enjoy, tapi aku tak rasa enjoy tu semua pun. And kalau ada orang tanya aku masa tu, best tak sekolah? Masa tu aku akan diam, tak kata apa-2 sebab aku tak nampak apa yang best. Korang mungkin nampak sikit je apa yang aku lalui ni, sebab aku cerita pun sikit, setakat meringkaskan je. Memang banyak lagi peristiwa, kenangan, yang aku lalui sepanjang sekolah rendah and kalau korang tanya aku lagi sekali, ingat lagi tak sekolah rendah dulu punya kenangan? Best tak? Sorry to say, jawapan tetap tak berubah. Hahah. Gila hebat tekanan perasaan aku kan? Cuma orang kata nasib baiklah didikan agama tu cukup, kalau jadik macam cerita omputih tu semua, memang ada yang dah bunuh diri dah, takpun, muka-2 yang pernah kutuk, buli aku semua aku bunuh. Hahaha :p Selisih!

Erm, tapi Alhamdullilah. Masuk sekolah menengah, aku dah stabil sikit. Walaupun still ada jugak perkara-2 yang tak best, aku still boleh handle lagi. Ada je kenangan tak siap kerja sekolah Math masa form 1 ke 2 aku tak ingat, kena siapkan sambil bersila dekat koridor luar. Tapi itu bukan Loser lagi dah, tu dah GANGSTER namanya. Hahaha! Then kenangan yang paling best ialah daripada Form 3 sampai masuk sekolah Teknik Kluang. Bermula lah zaman kegemilangan. Dekat sini lah aku dapat berkembang sikit. Kalau dulu dari darjah tiga sampai Form 3 kerja jadi pengawas tapi tak pernah dinaikkan pangkat pun, akhirnya masuk Form 5, merasa jugak pegang title Penolong Ketua Pengawas. Tak sangka diri ini diperhatikan sehingga dipanggil untuk wakil sekolah dalam sebuah program. Dalam program tu semua yang pergi ialah bakal-2 ketua pelajar. Alhamdullilah, lepas pergi, terus diberi kepercayaan oleh guru-2 and pengawas-2 yang lain untuk pegang position tu. Syukur lagi sekali. Tula namanya rezeki kan? :')

Now pun kehidupan aku dah jauh berubah dari yang dulu-2 tu semua. Alhamdullilah, berpeluang masuk IPTA, walaupun ada kekurangan, tapi still, semua ini aku anggap anugerah yang tak ternilai. Kadang-2 bila fikir balik, rasa kelakar pun ada. Entah apa khabar lah agaknya kawan-2 sekolah rendah aku dulu tu kan? Tapi sebilangan besar memang semua berjaya pun aku rasa. Cuma ada jugak beberapa orang yang dalam hati aku rasa "Tulah.. dulu buat orang lagi.. sekarang, ngko pulak macamana... " Hahah sumpah jahat tau I ni berfikiran macam itueww. Nampak sangat dendam-2 yang tak berapa nak positive tu masih ada lagi dalam hati. Hewhew. And ada jugak yang tanya, "Eh bib! Kat mana skang? Kerja ke?.." (dalam hati dah menyumpah dah!) tapi bila aku jawab, "Eh tak la, I skang tengah buat degree, dekat bla bla bla.." and her reaction was like, "Err.. Ouhh... *mute+wordless*..." Hahah! Hello sayang, kenapa? Tak percaya ka? FYI, I tak bangga diri langsung pun lah buat degree ni okay sebab seriously degree I susah nak mati, tapi tolonglah, janganlah pandang I sebelah mata. Menci tau?! :P

*Now kalau adik aku kena buli ke apa, kena kritik sana sini, kena sound kena jentik sikit pun aku tak tunggu dah, mesti aku lah insan paling emo sekali mempertahankan nasib adik-2 aku. Hahah. Dulu aku kurang pandai sikit nak menjawab bila diri diperkecilkan, tapi now, aku lak yang siap mengajar adik aku, nanti jawab macam tu, buat macam ni. Okay? Jangan jadi ngok sangat dik oi, jawab je. Takpe, kalau orang tanya, cakap along yang ajar. Okay? :P Hahah, ini "akak long JB" lah! *peacee....gurau jeee* :D

Terima kasih sebab sudi baca! :)

1 comment:

  1. saya minta maaf bibah, ampunkan saya sebab dulu pernah buli awak. masa zaman tak matang and masih jahiliah lagi... saya harap awak maafkan saya. saya menyesal sangat. terima kasih sebab pernah jadi sahabat saya yang sangat baik dan suatu masa dahulu, awaklah kawan baik saya di zaman sktp. dan, saya baru dapat tahu tentang ayah awak, salam takziah buat awak sekeluarga. ur dad was a great man and a great dad too. he will always be. please take care wherever u are ok :)

    -Nani

    ReplyDelete