Sunday, 29 July 2012

Exam Dari Allah (swt)

Assalamualaikum and selamat pagi semua. ^_^

Alhamdullilah dengan izinNya, dapat lagi aku bernafas hari ini. Syukur. Actually aku tidur pukul 2.30 pagi tadi, then pukul 4.30 pagi dah bangun semula. Bangun-2 dengan mata tertutup sambil tangan menggapai-2, aku capai notes aku yg ada bawah badan. Apalah tidur ganas sangat sampai notes boleh berada di bawah badan ye tak? -__- Then dengan mamai-2, terus sambung study dengan keadaan terbaring. Okay satu lagi habit study yang tidak patut dijadikan contoh. -__-'' Hihi. Baca-2 sampai hati aku berkata, okay jom stop? Kita ON lappy nak? Haha. So dapatlah 1jam study itupun aku redha je entahkan masuk entahkan tidak. Harap kejap lagi dekat exam, keluarlah semua yang aku dah baca tadi and semalam. Huhu. So mata aku pun dah macam panda tak cukup tidur dah. Harap semua org kenal aku lagi kejap lagi. Haha -..-''

Oh yeah! Harini aku nak balik JB lagi. Lepas exam inshaAllah terus bye-2 lah UIA. Penat sebenarnya balik-2 semua ni. Tapi tinggal lagi dah ini jadi tanggungjawab aku sebagai seorang anak sulung. Balik tengok abah aku yang kurang sihat, tengok dia and lepaskan rindu dengan adik-2. Kebetulan adik aku yang nombor dua pun ada sekali. Dapat berkumpul tiga beradik, memang suatu nikmat yang tak ternilai. Berharga sangat. Sangat best bila duduk dalam bilik bertiga beradik, landing atas katil dengan suhu aircond yang masyuk, berselubung, sambil bergosip. Bergosip pulak gaya macam tak jumpa setahun, ada sahaja nak diceritakan. Bergosip sampai mesej pakwe pun lupa nak balas. Sampai abah panggil pun tak dengar. Bergosip sampai ketawa berdekah tak ingat walaupun dah malam-2 buta. Cis, bakal mak mentua kalau dengar aku ketawa mahu trauma dia. Haha. Lepas tu siang nya pulak, ada je plan. Kadang-2 keluar makan dekat warung Wak dol Siput sedut. Amboi siap bold promote nampak! Haha. Tapi serious sedap! Tiga anak dara makan tak ingat dunia. Kadang-2 abah datang join pun tolong bayar je. Sebab dia banyak kerja. -__-'' Kesian abah, sakit-2 pun kerja juga. And then aku, abah and adik-2 selalu pergi makan best-2. Abah selalu ajak kitorang makan kat Seoul Garden lah, SR lah, Sari Ratu, Sushi King, kadang-2 makan dekat hotel semata-2 nak makan steak. Tu belum termasuk makan buffet kat hotel and pergi restoran member-2 abah. Belum termasuk sarapan and ngeteh dekat mamak. Tahun lepas and tahun ni aku rasa perut aku mewah sangat. Semua makanan yang masuk boleh dikatakan agak mahal and seriously sedap. Selalu pulak tu. Tapi of course acara yang paling best ialah acara memasak dekat rumah. Adik aku sangat pandai masak. Aku? 40/60 lah. (rendah diri:p) Haha. So abah aku yang kategori suka makan jugak tu (Walaupun sakit! Warning:Kami sebagai anak-2 dah pantau sebaik mungkin), selalu lah order anak-2 dia ni masak apa yang dia nak makan. Kadang-2 setiap orang pilih satu lauk nak makan apa, and then masak. Peh, memang nikmat. Syukur sangat sebab, walaupun ada kekurangan, yang penting dapatlah buat hati kami anak beranak happy, and lupakan sekejap masalah yang ada. Lepas makan pulak biasanya, duduk berehat, tidur-2 dulu, spend time dengan abah, dengar cerita dia, layan astro, takpun keluar pergi jusco ke. Memang best sangat. Abah pun walaupun dia tak sihat, tapi nampak sangat dia cuba nak kuatkan diri dia bila ada kitorang semua. Dia lah bapa TERBAIK dalam hidup aku. YaAllah, hanya dengan cakap macam ni, hati aku jadi rindu sangat dengan dia. Takpe-2, kejap lagi jumpa, InsyaAllah. :)

So itu basically apa yang terjadi kalau balik rumah. Sungguhpun banyak sangat masalah yang aku dan family lalui, kami cuba sedaya upaya untuk selesaikannya and lupakan. Walaupun kadang-2 ianya mustahil nak dilupakan. ;( Sekarang ni, kesihatan abah on/off je. Aku terfikir, apalagi ujian yang Allah nak berikan kepada aku and family. Aku kesian dekat abah. Tambah pula bila berhadapan dengan manusia yang langsung tidak consider keadaan dia, dan juga keadaan kami sekeluarga. Sorry to say, lebih banyak yang menjatuhkan dari membantu. Bila keadaan jadi macam ni, masing-2 hanya tahu hendak cari salah kami sahaja. Ada tu seperti menangguk di air keruh. Ambil kesempatan tanpa ada langsung rasa kemanusiaan. Mengutuk, mengata, mencaci, menghina, mengungkit. Aku sedih sangat bila ianya berlaku, dan yang kena adalah parent aku sendiri. Bukan ke semua orang ada kesilapan? Kalau kami sebagai anak-2 sudah redha, kenapa orang luar masih sibuk lagi? I'm sick of people yang selalu sangat mengata dan mengganggu keluarga aku. Apa diorang tak fikir ke, kalau yang diorang mengata itu adalah ibu atau abah aku, apa ibu dan abah aku tiada anak-2 ke untuk diorang kongsikan masalah diorang? Apa diorang ingat yang diorang caci dan hina tu tiada keluarga? Tiada anak? Yang penting, apa ingat tiada perasaan ke? Hello people, please lah. Jangan macam ni. Kami satu keluarga tertekan dengan perangai anda semua. Kalau anda setakat mencaci melempar kata-2 segalanya dari jauh tak mengapa, tapi tak cukup dengan itu, anda sound, malah pandangan mata anda terhadap kami juga seolah anda jijik dengan kami, tidakkah itu keterlaluan? Tidak cukup dengan itu, anda mesej kami, segala macam ayat dilemparkan seolah kami ini tidak pernah langsung menjadi keluarga anda. Sekali lagi, adakah anda tidak rasa ianya keterlaluan? Sedih, ya itulah yang aku dan keluargaku hanya mampu rasakan saat ini. Sentap tu dah semestinyalah kan. Macam tak normal je kalau tak sentap bila orang dah melampau buat kita. Haha. Diorang tak tahu, malah semua pun tak tahu. Kalau tidak mahu membantu tak apa, aku dan family tak memaksa. Tapi STOP lah, jangan depan cakap lain, belakang cakap lain. Seriously perangai tu lebih teruk dari Syaitan. Sebagai anak, jangan cabar kemampuan aku. Selama ini aku observe je apa yang jadi, aku serap segala macam benda yang berlaku pada aku dan family, aku terima, aku tak banyak cakap, malah aku diam tersenyum melihatkan dan mendengar keletah-2 manusia sekeliling aku. Sehingga hari ini aku sabarkan hati. Sebab utamanya, adalah sebab aku respect. Aku hormat. Ya, aku hormat. Dan aku sabar. Cuma ya know, kesabaran manusia ada batasnya. Jadi fikir-2kan lah. ^__^

Oh my panjang nya post aku. Hikhik. Sorrylah ter-emosional pulok. Dari happy-2 story tetiba berubah mood. Nampak sangat stress. Haha. Tapi takpelah, ini kot yang dinamakan ujian dari Allah swt. Kali ini, aku masih lagi berada di bawah roda kehidupan. Dibawah. InshaAllah siapa tahu, Allah dah sediakan yang lebih baik untuk aku dan family aku dimasa hadapan? Amin! Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Wallahualam. Thanks semua yang membaca, oh maaf jika ada mana-2 perkataan yang mengguris hati sesiapa dan boleh mendatangkan kemarahan. LOL.:D  Aku cuma stress je, hati aku ni banyak sangat orang sakitkan, nak try jugak sesekali sakitkan hati orang macam mana kan? Hahaha. Just kidding. Alololo, tu nak mengadu lah tu kan? Hikhiks. Okaylah, doakan saya kejap lagi saya exam ya? Subj Parenting tu, sebab tu post kali ni menyentuh isu kekeluargaan sikit. Huhu:D Thanks again people! And Please pray for me and my family. ^__^

Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment