Sunday, 29 July 2012

Congratulations to all Dear cousins!

Salam and Salam satu Malaysia everybadiii! Okay entry kali ini aku nak bercerita pasal Wedding adik sedara aku, Ungku Aishah and suami dia, Ezwan Haffez. Alhamdullillah pada hari Jumaat 15 Julai bersamaan 13 Syaaban 1432 H, mereka telah selamat dinikahkan di Surau Al Khauthar betul2 depan rumah aku je. Dan jamuan kecil diadakan di rumah aku. Best ouhh, masa mula2 orang datang pasang kanopi kan, aku berangan cam aku punya majlis lak. haha. Almaklum, buat dekat rumah kan, jadi secara tak langsung, sikit2 pun mesti ter'berangan' yang lain2 sikitkan. Huhu.Bapak aku lah, ada orang tengah pasang kanopi tu, then  dia panggil aku, and then he ask,

Okay tak kanopi ni along ? (The canopy was gold and white in colour, quite exclusive) Cantikkan ?

Then aku pun cakap lah haah, lawa sangat bah :) Pastu dengan selambanya my dad cakap dekat orang yang tengah pasang kanopi tu,

Nanti majlis tunang anak saya yg sulung ni (sambil tunjuk kat aku), awak tolong pasangkan lagi eh ? Saya suka kanopi ni... bla bla

*blushing*** Aku pun, err. tatau nak cakap apa, memanglah rasa bahagia sangat bila dengar abah cakap macam tu, rasa macam alahai, bestnya bila dengar bapak sendiri cakap macam tu! Tapi...lambat lagi kot abahhh! Huhu. Unless kalau abah nak sponsor, oh your daughter ni takde hal. Calon pun dah ada bah oi. Hahaha *Gila*

Rumah
Satu hari nanti.... akan ada kembali kanopi mcm ni dpn rumah aku, and that time tu kalau org tanya, eh rumah Ungku Majid ada majlis apa tu? Oh, anak dia yang sulung tu Tunang/Nikah/Kahwin...blabla... kuikui *Gilaberangan!*

Apapun, Aku sekeluarga betul2 berbesar hati dapat membantu persiapan untuk majlis pernikahan si Sha2 ni. Adik sedara aku ni lawa orangnya, muda lagi cun melecun gituww, malah, pada pendapat aku, adik beradik diorang ni semua muka lawa2, suka sangat tengok. :) Padanlah cepat je laku. I jealous you know? hihi, We had Laksa Johor, Roti Jala, Nasi and Mee Goreng, and also Kuih muih for that small reception. Seronok bila dapat jumpa cousin2, even tho taklah semua dapat datang :) Then malam tu Sha2 buat majlis malam berinai di restoran bapa mentuanya :) And esoknya majlis sanding seperti biasa. CANTIK gila okay dia, make up dia, baju dia. Sempat pulak tu aku amik bisnes card MUA dia. wuuhuu :P

The_wedding
Ini gambar masa hari bersanding. Kenapa aku menyibuk ? Alah, korang tau kenapa kann... :P

To Sha2 and Wan, Tahniah, and cepat2 dapat baby okay? Skang ni tengah musim nak kumpul anak sedara dari cousin2. Anak sedara adik beradik sendiri tatau la lagi bila. hihi. Kebetulan my cousin, pada hari pernikahan Sha2 tu, Kak Suria, selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.5kg di KPJ. Mak dato, ni sume mesti hasil dari Starbucks and segala jenis makanan dari Secret Recipe agaknya selama dia mengandungkan anak dia. Hamik kau, comel gila anak sedara aku ha. huhu. Comel ouhh. Geram tengok! Sebelum tu, cousin ku lagi sorang, Kak Farila juga selamat melahirkan anak perempuan, tapi belum pun sempat berjumpa beliau dan family di Putrajaya. So belum berkesempatan untuk interbiu dia and baby. Takpe, Raya nanti kita jumpa okay? Best nya! Meriah lah raya tahun ni, Atok Majid dah jadi Tan Sri, dapat cicit lelaki and perempuan, dalam tahun ni, dua sekaligus. Alhamdullillah! Rezeki! *Semangat* Auntie Bib dah tak sabar nak jumpa dengan Asmyra Qaisara and Mohd Danial Rayyan (act dua2 nama ni belum disahkan kebenaran and ejaannya lagi, tapi beginilah bunyinye. hihi) Sekali lagi, dikesempatan ini, aku nak mengucapkan tahniah kepada dua orang cousin kesayangan Siti Farila and Nur Suria ku, kerana selamat melahirkan baby2 yang comel macam mak sedara dia ni. Haha.*Jgn amik hati ek dengan keterperasaan aku ni, haha*

Asmyra
Asmyra Qaisara ku sayang :)

K9
and Mohd Danial Rayyan

For the babies, bersiap sedia lah korang bila kita jumpa nanti. Takkan ada peluang untuk korang melepaskan pipi korang dari hidung auntie bib ni. Muahahahha! :P

Tahniah to Sha2 and Wan, semua keluarga yang terlibat menjayakan majlis perkahwinan and also Congrats to Kak Ila, and Kak Suria, serta keluarga masing2, Semoga Allah memberkati hidup kita semua, melimpah kan rezeki yang berpanjangan, Harapan agar Kebahagiaan ini berkekalan, di dunia mahupun di akhirat. Amin Ya Allah :) Okaylah, Tc korang, Byebye!

 

*Turn aku bila ek? Doakan lah yee. kihkih :D

 

Thanks for reading !

 

No comments:

Post a Comment