Sunday, 29 July 2012

Blog Pojaan Hati

Assalamualaikum semua !

Semenjak dua ni kerja aku tak lain, iaitu menjadi silent reader. Tak 'kose' nak meng-update entry baru sebab kalau update pun entry aku emo semacam macam wth kan. So senyap-2 baca blog orang sudah lah. Dala malas nak update, takkan suruh baca je pun malas kan? Hihi. Actually bukan semenjak dua menjak ni je, tapi dah lama dah aku suka baca blog orang. Best wei. And kadang-2 sampai kalau blogger-2 tersebut tak update, aku pula yang tertunggu-2. Hewhew. So meh sini aku list kan antara blog-2 yang aku tak follow pun, tapi mengalahkan orang yang follow sebab hari-2 aku dok bukak blog diorang ni. Bukan blog je, website comel-2 and best-2 pun aku rajin jugak bukak. :D

1. Of course lah Beautifulnara. Aku kan kaki gosips. And yang selalu jadi mangsa kena dengar informasi-2 and cerita-2 hangat yang telah aku dapatkan dari portal ini ialah adik-2 tersayang. Hahah. Nampak sangat kepohchi. :p

2. Kerana sifat keibuan telah wujud awal dalam diri, dan kerana suka tersangatlah terhadap family ini, aku rajin and ternanti-2 akan entry-2 dari wife Dato Dr Syeikh Muszaphar Shukor tentang perkembangan baby diorang yang comel tu, Bella! Barely Supermommy - Credit to adik nombor dua aku, sebab dia peminat tegar dr sms ni, maka dia tahu habis-2 sampai bini orang tu pun dia stalk. Hahah :p

3. Blog blogger-2 cantik macam,
  • Nurul Ain abd Salam ( Lawa gila tau dia ni :') Tulisan dia seriously comel aje and terasa dia sangat humble! Rasanya dialah blogger paling humble kot. Huhu )
  • Maria Elena ( Suka tengok dia speaking, and selalu berangan nak cakap english ada 'slang-2' macam dia . Haha )
  • Hanis Zalikha ( Sama umur rasanya tapi kenapa rasa dia lagi kakak? Hahaha. Okay sebab aku pendek kan? Foine T_T )
  • Fatin Liyana ( Siapalah tak kenal dia ni kan :D Blogger terkenal Malaysia tuu )
  • Cik Epal ( Fames ames lah kawan aku sorang ni, tak sangka. Pernah jadi kawan dia pun dah rasa bangga hokey? Kau hado? - Bak kata cik epal :p )
4. Kawan baik aku seorang yang sentiasa dalam hati and ingatan, cewahh! Cik Nadiah Zainal Abidin :') Dengan pesanan sila update banyak-2 pasal baby tu okay makde?! Nak tunggu baby makde lambat sangat lah... :D

5. Blog lawak gila yang mesti nak jengah jugak walaupun kejap,
6. Blog mak Hanis Zalikha yang sweet je. Kekeluargaannya terasa :') Model-80an yang kadang-2 rasa nak makan semeja dengan diorang. Hahah :p Cakes and kuih-2 memang macam best sangat!

7. Blog Mazidul Akmal Sidek yang banyak info aku boleh tahu :) Bersama Mazidul

8. Blog Forever Young. Sedih sebab lama tak update. Busy study eh dik? Hewhew :D

9. Blog Sembang Kencang yang sempoi and sarcastic sungguh. Cayalah bro. Tapi buku dia tak pernah lagi beli. Hihi :')

10. Blog lain-2 yang best jugak :)
  • Blog mekap-2 sebab aku suka gila mekap! Teringin nak hire dia jadi MUA aku kahwin nanti. Muahaha! One Touch Be Miracle - Seriously suka sangat tengok hasil mekap dia :D
  • Hari tu sibuk cari tempat makan Korean, so aku jumpa http://www.friedchillies.com/ ini. Malah kerana website ini juga aku dapat merasa makanan Korea. Lama mengidam tu hoi. Huhu. Banyak lagi kedai makan best yang kita boleh tahu dengan wujudnya website macam ni. Sesuai lah untuk pengacara JJCM tak berbayar macam aku ni. Huehuehue :D
  • Ole-ole Manis yang sungguh manis :) Berangan nak beli gift comel-2 untuk diberikan kepada tetamu bila aku kahwin nanti. HAHAAHAH! Gediks kan iolls ni. Huhu :D
  • HAHAHA! ( Belum beritahu dah gelak apa kes? ) Annas Easkey - OP for my future wedding - HEWHEWHEW sambung gelak gediks :p
11. Lastly, Blog-2 terbaru yang aku baru terjah,
  • Irine Nadia Marcello yang baru je kahwin and comel :) Tak sabau rasa hati nak kawin jugak. Hahah :p
  • Dena Bahrin yang baru juga kahwin and kahwin atas pilihan keluarga. ( Eh apsal sume yang baru kahwin je niii -_-" )
  • Ini Bukan LUCAH! Ini Kenyataan! Okay yang ni pun sumpah lawak bila baca tulisan dia. Bukan lah lucah pun. Tulisan oleh seorang ahkak yang dah berkahwin, well biasalah orang dah kahwin kan, ayat yang keluar semua ayat mak-2 orang lah. Bila baca blog dia ni, sumpah asyik terbayang muka mak-2 sedara aku yang kalau berbual memang lepas semua nya, tak kiralah depan anak-2 sedara ke depan siapa. Hahah. Ops adik-2 takleh jengah ye. Hewhewhew
  • Etsy Okay yang ni barangan dia sangat and sumpah berani mati vintage and comel-2 belaka. Dari accessories hidup single, sampai wedding, dari wedding membawak kepada anak-2, dari anak-2 kepada decor rumah, sinilah tempatnya. Tapi! Semuanya dari luar negara. Harga shipping yang tak kose nak tengok tu. Hewhew. Selebihnya tak habis jalan-2 lagi dekat website ni. Jom jalan sesama? :D
Yes. So far inilah 'rutin' aku. Blog-2 and website-2 yang aku list kan di atas ni memang dalam seminggu berkali-2 aku bukak. Semuanya aku bookmark kot. Bukan setakat dekat lappy je aku bookmark, dalam Iphone pun sama. Ada tu kadang-2 aku emo asal lah tuan punya blog tak update-2 ni? Ha mula lah nak mengamuk, nak marah tak pasal. Boleh? Haha. Pirahh, buku account tak baca, dok sibuk baca blog orang. Memang carik pasal lah kan. Hihihi :D

Okay siap satu entry. Nak tahu kenapa aku update entry ni setelah lama aku tak update? Pertama sebab aku super duper bosan, kedua sebab blogger-2 diatas tak update blog diorang, kalau update pun aku insan pertama yang baca and disebabkan dah baca awal-2 maka dah tak ada apa lagi yang nak dibaca, and ketiga, oleh kerana sebab nombor dua dicampur dengan sebab nombor satu, maka terhasil lah entry ini . Simple kan? Haih lah bosan nyaaaa! :'(

Sekian,

Terima kasih sebab sudi baca! :)

No comments:

Post a Comment